Selasa, 16 November 2021

BATU SEREMBAN

 

ASAL USUL BATU SEREMBAN

Batu Seremban dikenali juga sebagai Selambut atau Serembat. Perminan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau berkumpulan yakni dua orang atau lebih.

Kebiasaannya pemain menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil atau objek lain yang berbentuk bulat.

Secara amnya,permainan ini dimainkan pada waktu lapang di serambi rumah , di dalam rumah atau dimana sahaja dengan syarat permukaan tersebut hendaklah rata dan bersih.

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan buah satu sehinggalah kepada peringkat lebih tinggi.


CARA-CARA BERMAIN BATU SEREMBAN

BATU 1
  • Untuk BATU SATU pilih satu daripada lima biji batu seremban untuk dijadikan balingan. Kemudian, baling batu tersebut menggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta sambut batu tersebut bersama satu batu yang lain (tidak dibaling). Seterusnya, ulang langkah yang sama sebanyak empat kali dengan batu- batu yang lain.


BATU 2
  • Untuk BATU DUA pilih satu daripada lima biji batu seremban untuk dijadikan balingan. Kemudian, baling batu tersebut menggunakan ibu jari ,jari telunjuk dan jari hantu serta sambut batu tersebut bersama dua batu yang lain (tidak dibaling). Seterusnya, ulang langkah yang sama sebanyak 2 kali.


BATU 3
  • Untuk BATU TIGA pilih satu daripada lima biji batu seremban untuk dijadikan balingan. Kemudian, baling batu tersebut menggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta sambut batu tersebut bersama satu batu yang lain (tidak dibaling). Kemudian, lemparkan lagi batu tersebut dan sambut bersama 3 biji batu yang lain (tidak dibaling).


BATU 4
  • Untuk BATU EMPAT pilih satu daripada lima biji batu seremban untuk dijadikan balingan. Kemudian, baling batu tersebut menggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta sambut batu tadi bersama empat biji batu yang lain (tidak dibaling).




BATU 5
  • Untuk BATU LIMA konsepnya berlainan sedikit iaitu pilih satu daripada  lima batu untuk dijadikan balingan kemudian ambil empat biji batu yang lain dan letakkan di dalam genggaman. Seterusnya, baling batu yang telah dipilih tersebut dengan menggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Setelah dibaling letakkan keempat-empat batu yang digenggam tadi kebawah kemudian sambut kembali batu yang telah dibaling tadi. Seterusnya, baling semula batu yang telah dipilih tadi kemudian ambil semula keempat-empat batu tersebut sambil menyambut batu yang telah dibaling tadi bersama. 




BATU 6
  • Untuk BATU ENAM konsepnya juga berlainan iaitu pilih satu daripada  lima batu untuk dijadikan balingan kemudian ambil satu lagi batu dan letakkan dalam genggaman. Setelah dibaling batu yang telah dipilih tadi, batu yang berada di dalam genggaman pula hendaklah bertukar dengan batu yang lain (tidak dibaling). Ulang langkah yang sama sebanyak 3 kali.


BATU 7
  • Untuk BATU TUJUH konsepnya juga berlainan sedikit kerana ianya menggunakan kedua-dua belah tangan. Pilih dua biji batu kemudian letakkan dalam genggaman. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. Selepas itu, hanya satu biji buah  yang akan dikutip. Buah hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.Ulang langkah tersebut sehingga hanya satu sahaja batu yang berada ditangan kanan. Pada akhirnya, satu biji buah yang dilambung terakhir juga akan disambut bersama empat biji batu yg telah bertukar tangan kiri ke tangan kanan.




BATU 8
  • Untuk BATU LAPAN konsepnya lebih kurang dengan batu dua cuma yang membezakannya ialah jarak antara batu diambil iaitu dua buah batu yang jaraknya dekat dan dua buah batu yang jaraknya jauh. Seterusnya, pilih satu daripada lima biji batu seremban untuk dijadikan balingan. Kemudian, baling batu tersebut menggunakan ibu jari ,jari telunjuk dan jari hantu serta sambut batu tersebut bersama dua batu yang lain (tidak dibaling). Seterusnya, ulang langkah yang sama sebanyak 2 kali.




BATU 9
  • Untuk BATU SEMBILAN konsepnya hampir sama dengan batu tujuh iaitu menggunakan dua belah tangan kiri dan kanan. Seterusnya, pilih satu daripada lima biji batu seremban untuk dijadikan balingan. Kemudian, baling batu tersebut menggunakan ibu jari ,jari telunjuk dan jari hantu. Semasa dalam tempoh balingan tersebut, pemain hendak lah mengambil satu batu yang (tidak dibaling) kemudian meletakkannya di tangan sebelah kiri. Kemudiaan sambut kembali batu yang dibaling tadi. Ulang langkah yang sama sehingga keempat-empat batu berada di tangan kiri. Setelah kesemua batu berada ditangan kiri, pemain hendaklah membuat balingan yang terakhir kemudian kesemua empat-empat batu yang berada di tangan kiri itu hendaklah bertukar ke tangan kanan sekaligus menyambut batu yang di baling tadi. 




BATU 10
  • Untuk BATU SEPULUH pula konsepnya juga turut berlainan iaitu pemain menggunakan kaedah timbangan. Dengan meletakkan kesemua batu didalam genggaman. Kemudian baling kesemua batu tersebut dan tangkap berserta imbangkan menggunakan belakang tapak tangan. Setelah itu, baling semula batu yang dapat tangkap dan diimbangkan tersebut dengan menggunakan bahagian belakang tangan. Akhir sekali, sambut semula batu yang tinggal dengan menggunakan bahagian depan tapak tangan.




Sebelum kami berlabuhkan tirai, kami ingin memberikan serangkap pantun kepada anda semua sebagai tanda selamat tinggal.

Kalau ada sumur diladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Oleh itu, sekianlah daripada kami dari kelab MPU24011 Permainan Tradisional Topik Batu Seremban.


SITI ZAWIAH BINTI MOHD RAFAUZI  (25DDT20F1015) (DDT3 IS 1)
TENGKU NUR ATIKAH BINTI TENGKU SHARIFUDIN  (25DDT20F1014) (DDT3 IS 1)
NURUL NABILAH BINTI ROSLAN  (25DDT20F1002) (DDT3 NW 1)
NUR IZZATUL ARISYA BINTI ABD AZIM  (25DDT20F1001) (DDT3 IS 1)
FARHANA BINTI MAT AKHIR  (25DDT20F1019) (DDT3 IS 1)
MOHAMAD SYAIROL ANUAR BIN ZAINAL  (25DDT20F1005) (DDT3 NW 1)

JADUAL PEMBAHAGI TUGAS